Friday, May 20, 2011

KALAU ITU TAKDIRNYA....



Today I learn something.........
Andai itu takdirNya..
Ketentuan Allah itu tidak siapa yg dapat mengubahnya..
"Kun Fa Ya Kun"
Andai Jadi kata Allah, maka jadilah ia...



Mcm tue jugak rezeki dalam hidup ini..
Klu mmg sudah tertulis rezeki kita setakat itu sahaja, maka setakat itu jer dia berhenti..
Mungkin benar, ada yg lebih baik untuk kita diluar sana daripada apa yg kita sudah miliki sekarang ini..
Allah menguji setiap hambanya yang mana Dia tahu hambanya itu mampu menanggung ujian dariNya itu..
Aku boleh simpulkan kat sini yang ujian Allah itu setimpal dengan kemampuan hambanya yg dipilih..



Aku selalu dgr orang ckp pasal ayat2 puitis nie, 
digunakan tah kat mana aku pon lupa....
tp I'm sure that I read it somewhere..


Aku sangkakan panas sampai ke petang,
Rupanya hujan ditengahari,
Puas aku menanti munculnya matahari,
Rupanya Allah menghadiahkan aku pelangi..
 (aku dh olah ayat nie..hehehe..)



Aku nk kongsi dgn korang....suatu masa dulu...a few years back...
Aku pernah diuji,
dan ujian itu mematangkan dan mendewasakan aku..
pernah suatu ketika aku sambung pengajian Ijazah dan pada masa tue aku dh mohon PTPTN tp malangnya aku tersalah isi 1 part bahagian kemasukan ke pengajian...
So aku x dpt PTPTN tuk semester pertama dan kedua tue...
Puas aku menangis, risau x dapat teruskan pengajian, x mahu susahkan parents so aku x inform pada diaorg dan aku ambil jalan singkat gunakan simpanan aku....
Alhamdullilah simpanan aku cukup utk tampung aku bg semester pertama tu..
Bila masuk semester kedua serius ckp, duit simpanan dh kering, air mata tue peneman jer, 
masa susah mcm nie diri mmg sgt dekat dgn Allah,
solat hajat setiap ada kelapangan....dan aku bersyukur Allah lorongkan jalan tuk aku teruskan pengajian...
roomate aku yg sgt baik sentiasa jd pendengar setia dan peneman dikala aku menangis..
Aku ada seorang kekasih yang sentiasa memberi sokongan&dorongan tanpa putus....
P.cik aku membantu disaat aku sgt2 memerlukan..
Syukur ya Allah, nikmatMu sangat indah..
Dari sebuah pinjaman pengajian yg aku harapkan, aku akhirnya beroleh Biasiswa..
Sungguh ganjaran dari Yang Esa itu sungguh x dijangka...
Andai itu takdir Allah, terimalah dengan redha..
Tabahkan hati, dekatkan diri padaNya..
Aku percaya Janji Allah itu PASTI...


Ujian dari Allah itu bukanlah bererti musibah, tp ianya sebagai peringatan buat kita yg kadang2 seringkali alpa...Ianya juga sebagai kekuatan untuk kita terus berani meneruskan hidup mendatang...


Terima takdir Allah itu dengan redha, dan aku yakin REDHA Allah itu sentiasa mengiringi kita...


Wassalam @_@

0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment