Thursday, May 5, 2011

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN



PERTUBUHAN BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA-
IRM (ISLAMIC RELIEF ASSOCIATION MALAYSIA)


Sehubungan dengan perkara diatas ayu menyeru semua pembaca, blogger, visitor, kengkawan, rakan, saudara dan saudari untuk sama2 turut serta dalam pertubuhan ini..
Untuk pengetahuan semua, ayu pon masih baru lg berdaftar dengan pertubuhan ini...
Saya tidaklah berharta, tp saya punyai kudrat untuk membantu, punyai misi untuk dihulurkan, punyai perasaan untuk dikongsi..

Ini email terbaru ayu terima daripada pihak IRM



Jualan Amal Barangan Terpakai Bagi Program Bonanza Amal 1 Malaysia

Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan/puan mendaftar sebagai sukarelawan Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia atau Islamic Relief Association Malaysia (IRM). Sokongan anda terhadap program-program kemanusiaan Pertubuhan IRM sangat-sangat kami hargai.

Sebagai salah satu usaha pengumpulan dana bagi membiayai program-program kemanusiaan Pertubuhan IRM, pihak kami akan mengadakan program ’Jualan Amal Barangan Terpakai- Bonanza Amal 1 Malaysia’. Bagi menjayakan program ini, kami mengalu-alukan kerjasama dari para sukarelawan dan orang ramai bagi membantu menyumbang dan mengumpulkan barangan terpakai bagi jualan tersebut. Pihak kami sangat-sangat berbesar hati untuk menerima segala barangan terpakai yang masih boleh digunakan termasuk pakaian, perkakas rumah, kasut, beg dan sebagainya.

Rentetan daripada itu, inilah citra kehidupan hakiki seorang warga kurang upaya dari Mukim Jeneri, Sik, Kedah iaitu Saudara Redzuan Ahmad.
Sumbangan Derma Diperlukan
Pihak kami juga bersedia mengambil barangan tersebut bagi para penyumbang yang berada di sekitar Lembah Klang. 

Majlis kemuncak Jualan Barangan Terpakai Bonanza Amal 1 Malaysia ini akan diadakan pada 21hb Mei 2010 bertempat di stesen keretapi Ipoh. Bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut program Bonanza Amal 1 Malaysia ini, sila layari laman web Pertubuhan IRM di www.irmalaysia.org.my atau hubungi Farouq Zauji di 03-8948 5939 atau HP 019-3973558. 



Insyaallah, 
andai diizinkan oleh Allah ayu akan turut sama menghulurkan apa yg patut..
Bagi rakan2 yg nk dermakan pakaian terpakai yg masih elok boleh calling2 ayu yer..
sbb ayu pon akan ke Kl Sentral tuk hantar brg2 terpakai ke sana..


Bagi sesiapa yang ingin mendaftar dan tahu lebih lanjut tentang pertubuhan ini sila lah klik link di bawah yer :-


For info also :-
Program Bonanza Amal 1 Malaysia ini merupakan sebuah kerjasama Pertubuhan IRM bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Di bawah kerjasama ini, Pihak KTMB akan membantu pihak Pertubuhan IRM dalam mengumpulkan barang terpakai hasil daripada sumbangan orang ramai yang terdiri daripada pengguna KTM khususnya. Pihak KTMB juga telah mengadakan pusat pengumpulan barangan terpakai di stesen KTMB, KL Sentral. 

Selain daripada stesen KTMB di KL Sentral, Berikut merupakan stesen-stesen keretapi atau komuter yang turut terlibat sebagai pusat pengumpulan barang :

• Stesen Keretapi Sentral Kuala Lumpur
• Stesen Komuter Subang Jaya
• Stesen Komuter Shah Alam
• Stesen Komuter Klang
• Stesen Komuter Kajang





Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit"
Riwayat At-Tabrani







Bersama kita hulurkan tangan, ringan beban...
Berat mata memandang, berat lg bahu mereka yg memikulnya....

1 My Lovely Friend Comments:

azhar said...

As Salam....barang yang terkumpul tu kalau saya bayar berapa harganya untuk satu tan?..nak derma pakaian tak de..jadi saya tolong beli lah.hubungi saya 019-9956967 azhar

Post a Comment