Thursday, January 27, 2011

Rahsia Wanita : Senggugut

SENGGUGUT dan kaitannyer dgn KESIHATAN


Balik dr kerja td, sakit perut giler.......paham2 jelah kan nape klu nk hujung n awal2 bulan nie....
Drive balik pon dlm keadaan menahan "kesakitan"..serius sakit doh, sapa yg pernah rasa tau la camner azabnye..
So pas dh rehat jap n minum air suam, dh ok sket...
Then terdetik nk post kat blog nie pasal "SENGGUGUT"-utk maklumat sapa yg mau jer k



Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).-Sumber wikipedia

Bahaya senggugut nie: x caya???? meh baca neh...

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.
Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

Uish, risau plak aku bila sebut bab2 MANDUL neh....Insyaallah x ada pape (muka cuak pas baca)
Dah gini kenalah cari solution ye tak....so kat bawah ada a few rawatan yg boleh dibuat....
Kepada sesapa yg ambik pil menstrual warna pink (panadol) tue baik elakkan....sbb bg side effect tuk long term (Nie nasihat tuk aku gak, sbb aku pon mkn pil nie bila x tahan sgt)

Rawatan
Petua 1 : Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.(Nie aku pernah cuba, tp sbb x tahan pedas+rasa halia tue lah aku x slalu amalkan)
Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab
Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Petua 7: Petua nie dr mak bf den : tumbuk halia sebesar ibu jari tangan, then masukkan kedalam 2 gelas air panas  yg telah dicampur dengan 2 sudu gula merah. Kemudian selawat, dan minum bila suam. -selamat beramal-

Elakkan makanan yg sejuk n tajam mcm nenas n kobia...tp klu korang mcm aku...blasah jer makan, then sakit tanggung sendiri lah yer..Petua kat atas nie ada yg sumber dr internet yg aku copy then ada yg dr petua sahih n pernah dicuba oleh aku...hehehe





0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment