Monday, October 28, 2013

Hari Kelahiranmu


Assalammualikum,

Tatkala aku menulis entry ini usia puteri kesayangan aku sudah mencecah 78hari (2bln 2minggu 3 hari).
Ramai yang bertanya pengalaman aku semasa malahirkan dia.
Setelah lama berfikir akhirnya aku kembali menulis untuk kukongsikan pengalaman itu dengan semua.

Masih jelas dalam ingatan, di hening subuh hari raya ke-4 (10/08/2013), seawal jam 3 pagi aku terjaga dari lena disebabkan perut yang memulas. Hari2 selepas tarikh due memang membuatkan aku lebih berjaga-jaga, berdebar2 menantikan saat tanda2 itu tiba.
Dengan keadaan badan memberat, mata yg kuyu dan kaki yg lemah aku hayun ke tandas.
Nyata telahan aku pd subuh itu benar, bertompok2 tanda darah dan lendir keluar. Aku mula risau tapi aku tunggu sehingga azan subuh. Perlahan-lahan aku kejutkan en.suami di sebelah dan aku beritahu dia keadaan ketika itu.
Seperti biasa dia tenang dan menyuruh aku bersiap dan selepas solat subuh kami bergerak ke hospital PMC.
Sesampai dihospital seawal jam 7.30am, hanya ada 2 org nurse saja kat bawah time tu. Ramai masih bercuti rasanya.

Aku diminta oleh nurse untuk masuk ke bilik pemeriksaan untuk memeriksa bukaan.
Nurse bgtau dh 3cm time tu, aku terus admit ke ward dan bertukar warna baju ke pink..
Dari jam 7.30am smp ke 11.00am bukaan aku dh 4cm, tapi memandangkan doktor yg incharge aku tue balik kg so aku diberi option samada nak tunggu doktor Ratna tue or bersalin jer dgn Dato'.
Aku diskus dgn en.suami, so decision tunggu dr.Ratna balik dr kg yg mana malamnya...
Memandangkan aku nak jugak dr.Ratna, nurse bg aku pil untuk delay contraction aku pd hari tue sehingga dr.Ratna sampai. Mujurlah kg dr.Ratna tue dekat seremban jer. Klu buatnya kat johor or perlis, mau aku bersalin ngan doktor lain.

4.00pm
Contraction aku jadi makin lambat, bukaan pon masih 4cm..

8.00pm
Dr.Ratna sampai dari kg dan terus ke hospital jumpa aku. Time nie doktor check bukaan aku, baru 5cm.
So dr balik umah. Dr cakap dia akan dtg bila nurse kol dh smp time aku bersalin sbb umah doktor dekat jer ngan spital.

11.00pm - 4.00am
Contraction aku jadi makin kerap, nurse pon dtg monitor selang 20minit. Family in law pon setia menemani aku sampai tgh malam. Sume beransur balik lebih kurang 12.00am.
Sepanjang malam aku tak boleh tido, asyik nak terkecing, belum lagi keluar pintu toilet, masuk balik aku dalam toilet tue. Sakit dia tuhan saja yg tahu, sekejap2 dia datang.
Dari berbaring aku duduk, dari duduk aku membongkok, sampailah keaadaan aku dalam keadaan sujud. Sakit tue datang jugak sesekali.
En.suami setia disisi aku, dia urut belakang badan, pinggang dan semuanya..tp sakit tue tidak juga kurang.
Aku memang tak ambik apa-apa pun ubat tahan sakit even epidural. So sakit dia memang lah terasa sangat, sukar nak digambarkan bila datangnya sakit tue.

8.00am
Bukaan dah 6cm..Nurse dtg cek bukaan lagi dan lagi..dan lagi.
Aku memang seram sejuk bila aku tgk jer nurse masuk bilik bw glove ngan gel tue, sure nak seluk bawah tue..sampai sekarang aku fobia. sakit kot kena seluk tue.

11.30am-12.30pm
Bukaan dah capai 7cm, tak lama lepas tue dah 8cm..

1.00pm
Kemudian aku pon ditolak masuk ke bilik bersalin....Sesampai di dalam labour room, aku terdengar laungan azan dari masjid berhampiran hospital tue.


Aku dipakaikan tiub dekat "anu" tue untuk salurkan air kencing time aku dalam labour room tue smp bersalin kang..Pedih giler time nurse tue masukkan tiub tu. Tapi tak sesakit aku menahan contraction dah 8cm time tue...
Counting to 10cm and to push.....





#next entry...the moment when I'm push her out ^_^



0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment