Tuesday, July 30, 2013

Hujung Minggu


Assalammualikum..

Setiap hujung minggu jer mesti penuh dengan aktiviti. Tapi hujung minggu lepas ada sikit kelapangan.
Memandangkan pagi sabtu perlu ke PMC bt regular checkup macam biasa, then balik tue terus ajak en.suami buat cookies.

Almaklumlah mak buyong ni manalah larat nk bt kuih raya sorang2 klu tak ada yg sudi hulurkan bantuan.
Paksa rela jer en.suami tuk tolong bakarkan cornflakes madu tue.
Anyway terima kasih yer en.suami. Nak bt mcm mana kan, adik ipar awak dekat kampung tue punya favourite. Kakak dia kena bt jugaklah, nk beli mcm tak berbaloi. Klu buat sendiri memang berbaloi-baloi.
Leh dapat 2 balang besar.

Ini lah hasilnya :-





senang sgt nak buat cornflakes madu nie..
Setiap tahun mesti ayu buat tuk family.

Resipi ringkas ayu nie seperti kat bawah.

 Bahan2 :-
1 Kotak Cornflakes (Nestle - 500g)
Buttercup (500g)
1 cawan gula perang
5 sudu madu
5 sudu golden syrup (x letak pon x apa, tp klu letak lg senang melekat time bakar)
Papercup

Kaedah :-
Cairkan butter dan gula perang, bila dah cair masukkan madu. Gaul sebati sehingga cair.
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk sekejap. Masukkan cornflakes yg telah diramas kasar (ramas sikit2 jer). Gaul sebati dan curahkan golden syrup tue, gaul lagi.

Dah siap leh la masukkan dalam papercup. Pastu bakar dlm oven 160 degree selama 5-8minit.
Agak2 dh perang tue leh angkat dah.


0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment