# Sambungan dr Part 1 : Hari Kelahiranmu
11hb Ogos 2013
1.15pm
Aku dah dalam "labour room", alat untuk membuang air kencing pon dah dipasang.
Bukaan jalan pon dah 8cm, memang menunggu2 jer saat puteriku akan lahir.
Sedang elok aku baru sampai "labour room" azan Zohor pon berkumandang, en.suami minta izin tinggalkan aku sekejap saat2 genting tue untuk bersolat.
Dalam 5minit kemudian en.suami masuk semula, rupanya dia nak bersolat dalam bilik labour room aku tu.
Sungguh terharu, aku dengar setiap baris ayat yang dilafazkan oleh en.suami ketika solat, syahdu dalam kesakitan yang amat.
Selesai jer en.suami solat, contraction aku makin kerap, setiap 5minit. Nurse suruh aku bertahan jangan teran lagi selagi belum 10cm.
Dugaan betul saat tue, tangan en.suami aku genggam erat. Setiap kali contraction tue memang aku genggam palang besi di tepi katil sampai bergegar2. Tak tergambar sakitnya.
En.suami terus-terusan mengaji kat sebelah aku dan ingatkan aku sentiasa zikir setiap masa.
Nurse pasangkan alat pd perut dan lengan aku utk tgk heart bit baby katanya. Makin lama makin laju.
Aku pon x sedar bila kali terakhir aku pergi kencing, sebab byk sangat aku kencing before masuk labour room tu. Tak pasti jam berapa bila nurse kata dia dh nampak kepala baby, dah saat nk bersalin.
Doktor Ratna mmg dtg tepat pd masanya, aku rasa time tue mmg dh 10cm kot bukaannya.
Dr suh aku teruskan baca ayat Nabi Yunus tue "La ila ha ila anta, subhanaka inni kuntuminal zolimin".(Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, Sesunggunya aku termasuk orang-orang yg zalim)
Sepanjang proses bersalin tu memang inilah doa yg aku tak putus2 baca di bibir dan didlm hati. Bersyukur aku en.suami sentiasa disebelah mengingatkan aku. Seingat aku ada 4 org nurse yang sama2 bantu Dr time tue, peha aku dipengan oleh 2 org nurse yang masing2 bersemangat time aku nak deliver.
Dr. dan nurse dah macam kumpulan sorak tepi padang time tu.
"Good ayu, push2x..push2x.."
"Relaks, tarik nafas dalam2, bila sy kata push awak push sekuat hati yer"
"Klu tak cukup nafas curi time tengah2"...
2kali push Dr cakap kepala baby dah kuar, Dr pegang tangan aku bagi aku rasa..Ya Allah memang rasa betul time tue, aku dapat rasa rambut puteriku.
Dr cakap push lg sekali sehabis2 sbb body nk keluar, sedut nafas dalam2 lagi, then time Dr suh push tue mmg aku push abes smp hujung nafas....
Terasa panas jer keluar sume.
Aku dapat dengar baby aku nanges time ni, pastu Dr letak baby atas dada aku.
Aku nampak baby aku mcm pucat biru tue, suara nanges dia bt aku nanges sama.
Sebaik nurse angkat baby aku dari dada aku dah tak ingat apa2.
Terjaga jer aku tgk jam kat dinding labour room pukul 8pm, cari en.suami tak ada.
Mujur beberapa minit pastu en.suami ngan nurse masuk. tak adalah aku tercari2.
Nurse angkat aku ke katil utk tolak ke dalam ward, en.suami temankan.
Sampai jer kat ward sume setia menunggu aku, ada mama,abah & adik2 ipar aku.
Mata terus mencari wajah puteriku dan haruman syurga itu.
Mama memahami yg aku nak kucup puteriku, mama minta nurse hantarkan ke bilik aku.
8.20pm, itulah saat pertama dahinya ku kucup dan kutatap wajahnya..
Inilah dia puteriku, Diberi nama ARIANA QISYA BINTI HAFIEZ
Saat lahirnya dirimu puteriku,
Hilang sudah segala kesakitan,
Pergi jua perit yang berbaki,
Bau syurga kau hadirkan,
Buat ibumu gembira, ayahmu tersenyum,
Semua bahagia..
Selamat hadir kedunia sayang
Tanggal 11hb Ogos 2013, 4.10pm kau selamat ibu lahirkan
Moga Qisya menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan membahagiakan semua insan disekelilingmu |
2 My Lovely Friend Comments:
saya pun menunggu hari ni selepas 6 tahun...rindu dengan sakit bersalin dan juga harum bau baby...
moga dipermudahkan yer balqis....
Post a Comment