Friday, July 19, 2013
Pilihanku : PMC (Putra Medical Centre)
Assalammualaikum,
Hari ini sudah menginjak kita ke ramadhan yg ke-10, alhamdullilah masih diizinkan oleh Allah
untuk aku berjumpa dgn ramadhan kali ini.
Tapi kali ini berbeza sedikit, almaklumlah berpuasa sebagai ibu mengandung.
Jujur cakap sangat menguji dikala aku tgh sarat 8bln lebih menanti hari jer orang kata untuk
bersalin ni.
Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya aku nk story pasal hospital yg aku pilih untuk bersalinkan anak pertama aku nie.
Setelah pertimbangan dibuat aku dan suami akhirnya memilih PMC (Putra Medical Centre) di Sg.Buloh.
Lokasi dia belakang The Store sg.buloh, bkn belakang betol2 lah sgt tp lot kedai corner lot dekat Bukit Rahman Putra tue, senang citer "landmark" mudah The Store lah.
Beberapa peristiwa aku dan suami lalui sebelum memilih PMC nie.
Dimana pd asalnya aku nak bersalin di Pusrawi Kota Damansara, setelah 2 kali checkup kat sini Dr gynea yg handle accident terpaksa bercuti selama sebulan lebih. Disebabkan tue, aku lost tuk checkup, Pusrawi transfer aku ke Dr lelaki tp suami tak izinkan. Kami cari hospital lain, melalui kwn2 dan juga search blog2 akhirnya jumpa PMC.
Pada mulanya untuk ushar2 jer PMC nie, tp kerana layanan 1st time kami pergi untuk tgk tempat nie nurse dan sume staff kat PMC nie sgt friendly, trus decide tuk bersalin kat sini jer.
Lagipon tengok pada kos bersalin pun tidaklah melampau, standard hospital swasta la kan.
Keadaan wad yg bersih serta persekitaran yg ok, aku pon tak ada bantahan bila en.suami putuskan pilihan nie.
Cuma time checkup tue lama sikit la sbb aku pilih untuk checkup weekend dgn Dr.Ratna.
Kena dtg awal ambik no sbb kat sini ikut giliran, x der jenis booking appointment kul bape.
Senang citer 1st come 1st serve.
Kos tuk checkup pon mmg below rm100, sgt2 murah lah. Bg ibu preggy yg tak ada masalah kos checkup sgt berbaloi. Melainkan kalau korang ada masalah then perlukan ubat or special treatment maybe mahal la kot kos checkup. So far ayu kena paling mahal pon baru RM57 jer.
Ayu skang dh masuk weeks 36++ nie, dah dekat sgt tuk deliver.
Korang doakan ayu dipermudahkan bersalin yer.
Dapat anak yang soleh & solehah, cukup sempurna sifat serta sihat hendakNya.
xoxo..
Regards,
Idayu Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 My Lovely Friend Comments:
Salam..puan idayu,berapa ye kos utk bersalin di sini?
wsalam... depends klu bersalin secara pembedahan or normal serta klu ada ambik ubat penahan sakit or epidural charge lain. Mcm sy aritu 3hari 2mlm, normal delivery+vacum dalam RM3,200. Saya ambik bilik single.
Salam anis. nak tanya. kalau nak bersalin kat PMC kena buat boking berapa bulan pregnancy? n at least berapa kali checkup ye? weekend boleh cek hari sabtu dan ahad ke? what time? deposit berapa RM? hehe banyak lak tanye. sbb tgh survey hospital nak cr doc prempuan gak.
Post a Comment