Wednesday, May 16, 2012

HARI IBU



Sedih rasanya bila nak berkongsi mengenai hal yang satu ini..
Aku tau hari ibu baru jer lepas, tapi aku tak sambut pon,
Apatah lagi nak beli kek atau kasi bunga untuk mak aku.
Aku hanya kol macam biasa then tanya khabar mak, makan ke belum, buat apa...bla..bla..bla
Seriously I love my mak not even on Mother's day or else..Every single day I do love her so much...Today, Tomorrow till eternity ...


Aku teringat pertanyaan seorang akak office aku dulu..

AA : "Akak tak pernah pon dengar ayu cerita pasal mak ayu...Asyik2 abah ayu jer.."


Saat tue aku sebak kot, dalam hati Allah jer yang tahu..

Aku cover dgn muka tersenyum sambil cakap " Ayu rapat dengan abah ayu kottt"

Yer, aku admit aku tak selalu cerita pasal mak aku, tapi aku masih ada emak, aku sayangkan emak aku..
Aku bukan jenis cerita semua perkara pada semua orang aku kenal..
Dan aku sangat takut untuk bercerita..
Takut manusia sekeliling salah tafsir, takut orang bersimpati, risau pandangan orang pada family aku..


Emak aku seorang wanita yang tabah,
Aku bersyukur punya abah yang sentiasa disisi emakku saat dia perlukan, sehingga kini kasih mereka tetap utuh..
Aku rindu nak rasa masakan emak aku,
Aku rindu nak tidur dekat riba emak aku,
Aku rindu nak bergurau senda dengan emak aku,
Aku rindu semua tue..


Aku rindu pada emakku yang sediakan sarapan pagi time aku ke sekolah dulu,
Aku masih ingat emak tunggu aku siapkan kerja sekolah dekat meja makan,
Aku tak pernah lupa mak slalu bercerita kisah muda2 dia,
Aku ingat segala-galanya tentang emak aku..
I really do miss her 9 years back..
If I can turn back time..If I can, but I couldn't...


Mungkin aku berahsia pada ramai orang disekeliling aku..
Tapi setiap orang ada cerita yang sukar untuk dikongsi bersama..


Hargailah IBU,EMAK,MAMA,UMI, or apa sahaja gelaran korang pada emak korang..
Sebab bila korang hilang kasih sayang itu, sangat perit terasa..
Seperti diri tak sempurna..





0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment