Monday, July 11, 2011

TANGGAL 8&9 JULY ITU~~



Lewat petang itu aku pulang kerumah seperti biasa..
Sharp 5.30ptg, aku menuju ke kereta di bawah parking bersebelahan pejabatku..
Mmg sudah plan dr mulanya, perlu pulang ke rumah awal dan sesudah maghrib akan beransur ke Cineleisure utk menonton wyg, cerita transformer. Cerita yg sangat2 ditunggu oleh Mr.H.
Tp apakan daya, segalanya berubah selepas aku menyusuri lebuhraya melepasi tol Duta....
Jalan seakan-akan sesak yg luar biasa...
Aku kira itu perkara yg biasa kerana kebiasaan pd hari Jumaat akan sesak begitu, tp jangkaan ku meleset selepas aku berada berhampiran restoran jejantas...
Oh Damn!!!!
I'm stuck....
Untuk melalui tol sg.buloh dr restoran jejantas yg tidak sampai 1km itu aku mengambil masa hampir 1 jam 30 minit.....Itu belom ditambah dengan kesesakan selepas tol ke rumah yg jauh hanya sekangkang kera pula mengambil masa 1jam lg..
Aku tertanya-tanya apakah puncanyer....


Dan sejurus aku berjaya membuat U-turn ke kawasan rumah barulah aku perasan terdapat satu khemah putih yg besar, dibawahnya kelihatan manusia2 beruniform berwarna biru kehitaman....Yess polis~~~
Dan dengan tiba2 perasaan meluap-luap kemarahan muncul...dan aku pasti ini semuanya (kesesakan luar biasa) angkara mereka..



Bukanlah aku ingin mengata kebodohan mereka, tp ianya amatlah jelas sekali...
Bukannya aku menafikan tanggungjawab mereka, tp mengapakah tidak digunakan sedikit kebijaksanaan itu utk kesejahteraan bersama...
Cuba bayangkan, terdapat lebih daripada 20+anggota dibawah khemah, tp yg melakukan sekatan dan spot check hanyalah 4 org....Dh tue jalan yg dr 3 lane dibuat menjadi 1 lane...
Kesesakan yg amat2 luar biasa....ditambah waktu pick hour~~sehingga jam 12 mlm, kesesakan itu masih tidak selesai...
x terfikirkah mereka2 ini tentang adanya pemandu yg kehausan, keletihan setelah seharian bekerja, ibu bapa yg perlu mengambil anak2 dirumah penjaga...dan bermacam2 lagi....
Ini aku saksikan sendiri kerana aku keluar utk mkn mlm pada jam 9.30pm menentang arus melalui jalan ke subang....Sepanjang itu juga, kereta penuh sesak dr lapangan terbang subang sehingga susur ke (depan rumah aku diaorg buat roadblock, kat shell damansara damai)kepong/MRR2/Selayang.......
Pada jam hampir 1am aku pulang kerumah melalui LDP, keadaan diarah bertentangan aku masih jua sama....tetap sesak....
Aku x pasti bilakah ianya berakhir...



Tarikh keramat ini juga mencipta sejarah utk aku n Mr.H..
Tidak pernah2 tiket wayang yg dibeli tidak ditonton oleh kami...
Tahniah kepada pihak polis yg membuat "Roadblock" yg merencatkan semua aktiviti aku utk hari itu...




Aku jelas benar, roadblock dan segala bagai ini berkaitan dengan Perhimpunan Bersih keesokannya..
Aku tidaklah menyokong apatah lagi membangkang perhimpunan ini..
Pd aku mesej n memorandum yg ingin dibuat jelas..Just berkaitan Pilihanraya..
Yang membuatkan ini bertambah rumit apabila melibatkan ketidakpuasan parti2 tertentu...
Keliru ku kira apabila "Perhimpunan 1 Belia" suatu ketika dulu pernah dibenarkan oleh kerajaan yg mana mengumpul hampir 1juta belia...
"Perhimpunan BERSIH" pula hanya mensasarkan 300penyokong sahaja...Meskipun ianya telah dijamin akan dibuat secara aman, tapi provokasi daripada pihak2 tertentu telah menjadikan ianya sesuatu yg negatif dimata rakyat yg tidak tahu apa-apa...
Terlalu banyak "hidden" agenda yg dibuat sehingga tiada satu pun berita sebenar dinyatakan di dada-dada akhbar n dikaca-kaca televisyen.....
Yang tidak terbuka mindanya, hanya menerima membuta tuli.....



Sehingga kesaat aku mecoretkan cerita ini, sudah terlalu byk video2 yg boleh kita tonton di youtube,FB yg di link kan oleh individu2 tertentu, berita2 di dada akhbar, siaran2 media massa, bahkan media luar negara menceritakan hal ini...
Dan pastinya ramai blogger2 meng"highlight" isu ini dalam entry2 mereka...
Kini aku jua "sukar mempercayai siaran berita2 di negara kita", aku kurang yakin sudah dgn kesahihan berita yg di canangkan~~~
Salah siapa?? apabila rakyat mula bangkit bersuara, apabila belia mula menyuara pendapat...
Demokrasi yg beracuan, beracuan Malaysia...



Mungkin rentetan apa yg berlaku ini akan diselitkan dalam lipatan sejarah Malaysia...
Tp masih tidak pasti corak peninggalan tulisan itu dalam buku2 sejarah nanti...
Sebagai rakyat yg berumur 21 tahun ke atas, aku sudah layak mengundi~~
Dan pastinya aku akan mengundi...
Undi itu adalah rahsia, tp x sehebat rahsia yg disimpan oleh kerajaan kita.....



Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Maher Zain (Freedom)

0 My Lovely Friend Comments:

Post a Comment