Thursday, July 28, 2011

Harimau vs Singa



Mr.H : Kita x dapat g stadium ek khamis nie..
Ms.A: Nape?? Bukan ritu dh janji ke nk g..lgpon B yg beria-ria
Mr.H : B ada test ngan viva FYP la ayg....
Ms.A : mmmmm.....(redha)..Nk bt mcm mana tue lg penting kanss...mode: sad (tp x tunjuk ok)


28/07/2011
Malam dihari coretan nie aku garap, akan berlangsung perlawan "Bola Sepak" diantara Malaysia menentang Singapura..
Ok aku admit dulu aku x berapa mengikuti perkembangan bola sepak negara even abah aku pengadil bola..sbb time aku sekolah menengah dulu bola sepak kat M'sia nie dh hambar ok...
No wonder x ramai supporter M'sia bila ada jer game...
But now, Hari ini dlm sejarah ok...tiket Perlawan M'sia habis dijual 85,000 keping sebelum hari perlawan...Giler gempak kansss..


A bit sad sbb x boleh turut serta dekat stadium tuk meng"aum" bersama2 supporter yg lain...
Maybe bukan rezeki kot...Mr.H ada hal penting lak esok, so kena utamakan yg mana utama..even aku rasa game malam nie penting jugak ok..


Untuk menyedapkan hati ngan perasaan sendiri, aku tekad menggadap tv sebaik jer pas maghrib...
Siap nk pakai jersi M'sia....(kau ada??klu ada pon x sama ngan aku punya >_< )
Nk balik dr office pon sharp 5.30pm..hehehe

Aku baca newspaper arinie rata-rata dok tulis pasal bola...
So semangat tue berkobar2 doh...siap aim M'sia leh menang..Insyaallah..


Buat semua pemain Kebangsaan Malaysia, sy menyokong penuh anda..
Pedulikan kata-kata pematah semangat sang singa, teruskan semangat juang kalian...
Malaysia Boleh even "Syafiq Rahim" x main malam nie....(perlu ke bgtau, sume dh tau kot)
Malaysia perlu menang dengan jaringan minimum 2-0..
Tolonglah menang..hehehe
Saya sayang Malaysia dan Pasukan Bola sepak Kebangsaan (>_<)


Bagi mereka-mereka yg x dpt turun ke stadium mcm aku nie, marilah kita ramai-ramai pakat-pakat duk tgk bola melalui "Stadium ASTRO" kat rumah tue kan, klu x der astro kat umh pi la singgah minum2 tgk bola kat padang merdeka x pon kat kedai-kedai mamak, skrin layar besar mana-mana kan...
Yang dok luar dr kl x leh mai sbb jauh, leh tgk tv jer k..
Tak pon tgk kat "online streaming" ..hehehhe
Yang penting doa daripada seluruh rakyat M'sia....
Peace!!!!


~~~Black and Yellow Spirit~~~~



Sunday, July 17, 2011

Saturday on July




As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever
(Graduation-Vitamin C)

Bila dengar lagu nie berputar kat corong radio or inside my mp3 teringat zaman2 study...
Pejam celik-pejam celik dh dekat 2 tahun aku tinggalkan zaman study.
Even though past 2 years tp pembelajaran masih aku lalui..every single second we learn new things so do I. 


Cerita kisah semalam, ianya 1 kenangan dan memori...can't be denied~~
Sesudah subuh aku siapkan diri, membelek helaian kertas2 yg diatasnya tercatit sejarah2 berkaitan Malaysia...
Tentu kalian pelik kans, wat mende plak la aku duk baca pasal sejarah Malaysia..
Tp saja aku mahu kongsikan, semalam aku "sit" for PTD exams.
Haahahaha...
serius I tell u sume yg aku study ala2 x rajin aku tue 1 pon x masuk...padan muka aku kans..


Tp x kesahlah settle pasal study,
Then masuk part nk tempuh 5 paper direct in 1 day...mau x bengong jap..
Mana taknyer..
1st paper - Pengetahuan Am (hancus nk habaq ang, x am sgt la otak aku nk ingat pasai tue sbb byk aku tibai jer jwp)
2nd paper- Math (haaa..nie gagah sikit leh jawab...koya eksen >_< )
3rd paper - Kefahaman Esei (uish nie ala2 mengantuk n x cukup masa nk crita, esei panjang bapak campuq ngan soklan yg tanya term bagai...hahahah..redah jer)
4th - 5th - Esei bahasa melayu n Essay English (2 paper last nie ramai giler candidates yg cabut then aku settle kan paper hujung2 nie ngan merapu meraban byk..) Bg lak soklan pasal isu nuklear, langkah2 bagai...confirm la goreng :P


4.00pm
Selesai sudah~~
Gembira rasa nk lompat2 pagar depan Institut Profesional Baitulmal tue....hehehehe
Tp disebabkan aku pakai bju kurung, aku sopan kan diri....walawei PMT babe =)


Credit thanks to Mr.H sbb sanggup menanti aku habes exam...sgt terharu la awak..
Oleh kerana janji2 telah ditaburkan, so program2 seterusnya perlulah dipenuhi..
Kang x penuhi jadi munafik lak kan....
Bak kata org "Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pd janjinya"..
Aku pon x nak menghampakan org2 yg aku syg...hehehe


Bermula dgn meredah lautan manusia di Lowyat bersama family Mr.H sampailah ke tempat dimana aku kenali rakan2 sekampusku ini....
Selepas maghrib, jalan kususuli ke kg.baru bertemu Ina, Ayuni, Zue, Dini, Hafiz dan ditemani Mr.H...
Alhamdullilah, segalanya dpt dipenuhi....


Berjumpa dgn kalian seakan-akan mengimbau kembali zaman pengajian..
Bergurau senda, bergosip2, bercerita kisah masa depan...aku suka, aku gembira...
Alangkah seronoknya klu ada teman2 yg lain...
dan kukira itu pasti akan tiba...


Thanks korang tuk mlm td...
We meet again next time....


Zue, Ayuni, Ina, Me, n not in the pict Dini, Hafiz n Mr.H


Monday, July 11, 2011

TANGGAL 8&9 JULY ITU~~



Lewat petang itu aku pulang kerumah seperti biasa..
Sharp 5.30ptg, aku menuju ke kereta di bawah parking bersebelahan pejabatku..
Mmg sudah plan dr mulanya, perlu pulang ke rumah awal dan sesudah maghrib akan beransur ke Cineleisure utk menonton wyg, cerita transformer. Cerita yg sangat2 ditunggu oleh Mr.H.
Tp apakan daya, segalanya berubah selepas aku menyusuri lebuhraya melepasi tol Duta....
Jalan seakan-akan sesak yg luar biasa...
Aku kira itu perkara yg biasa kerana kebiasaan pd hari Jumaat akan sesak begitu, tp jangkaan ku meleset selepas aku berada berhampiran restoran jejantas...
Oh Damn!!!!
I'm stuck....
Untuk melalui tol sg.buloh dr restoran jejantas yg tidak sampai 1km itu aku mengambil masa hampir 1 jam 30 minit.....Itu belom ditambah dengan kesesakan selepas tol ke rumah yg jauh hanya sekangkang kera pula mengambil masa 1jam lg..
Aku tertanya-tanya apakah puncanyer....


Dan sejurus aku berjaya membuat U-turn ke kawasan rumah barulah aku perasan terdapat satu khemah putih yg besar, dibawahnya kelihatan manusia2 beruniform berwarna biru kehitaman....Yess polis~~~
Dan dengan tiba2 perasaan meluap-luap kemarahan muncul...dan aku pasti ini semuanya (kesesakan luar biasa) angkara mereka..



Bukanlah aku ingin mengata kebodohan mereka, tp ianya amatlah jelas sekali...
Bukannya aku menafikan tanggungjawab mereka, tp mengapakah tidak digunakan sedikit kebijaksanaan itu utk kesejahteraan bersama...
Cuba bayangkan, terdapat lebih daripada 20+anggota dibawah khemah, tp yg melakukan sekatan dan spot check hanyalah 4 org....Dh tue jalan yg dr 3 lane dibuat menjadi 1 lane...
Kesesakan yg amat2 luar biasa....ditambah waktu pick hour~~sehingga jam 12 mlm, kesesakan itu masih tidak selesai...
x terfikirkah mereka2 ini tentang adanya pemandu yg kehausan, keletihan setelah seharian bekerja, ibu bapa yg perlu mengambil anak2 dirumah penjaga...dan bermacam2 lagi....
Ini aku saksikan sendiri kerana aku keluar utk mkn mlm pada jam 9.30pm menentang arus melalui jalan ke subang....Sepanjang itu juga, kereta penuh sesak dr lapangan terbang subang sehingga susur ke (depan rumah aku diaorg buat roadblock, kat shell damansara damai)kepong/MRR2/Selayang.......
Pada jam hampir 1am aku pulang kerumah melalui LDP, keadaan diarah bertentangan aku masih jua sama....tetap sesak....
Aku x pasti bilakah ianya berakhir...



Tarikh keramat ini juga mencipta sejarah utk aku n Mr.H..
Tidak pernah2 tiket wayang yg dibeli tidak ditonton oleh kami...
Tahniah kepada pihak polis yg membuat "Roadblock" yg merencatkan semua aktiviti aku utk hari itu...




Aku jelas benar, roadblock dan segala bagai ini berkaitan dengan Perhimpunan Bersih keesokannya..
Aku tidaklah menyokong apatah lagi membangkang perhimpunan ini..
Pd aku mesej n memorandum yg ingin dibuat jelas..Just berkaitan Pilihanraya..
Yang membuatkan ini bertambah rumit apabila melibatkan ketidakpuasan parti2 tertentu...
Keliru ku kira apabila "Perhimpunan 1 Belia" suatu ketika dulu pernah dibenarkan oleh kerajaan yg mana mengumpul hampir 1juta belia...
"Perhimpunan BERSIH" pula hanya mensasarkan 300penyokong sahaja...Meskipun ianya telah dijamin akan dibuat secara aman, tapi provokasi daripada pihak2 tertentu telah menjadikan ianya sesuatu yg negatif dimata rakyat yg tidak tahu apa-apa...
Terlalu banyak "hidden" agenda yg dibuat sehingga tiada satu pun berita sebenar dinyatakan di dada-dada akhbar n dikaca-kaca televisyen.....
Yang tidak terbuka mindanya, hanya menerima membuta tuli.....



Sehingga kesaat aku mecoretkan cerita ini, sudah terlalu byk video2 yg boleh kita tonton di youtube,FB yg di link kan oleh individu2 tertentu, berita2 di dada akhbar, siaran2 media massa, bahkan media luar negara menceritakan hal ini...
Dan pastinya ramai blogger2 meng"highlight" isu ini dalam entry2 mereka...
Kini aku jua "sukar mempercayai siaran berita2 di negara kita", aku kurang yakin sudah dgn kesahihan berita yg di canangkan~~~
Salah siapa?? apabila rakyat mula bangkit bersuara, apabila belia mula menyuara pendapat...
Demokrasi yg beracuan, beracuan Malaysia...



Mungkin rentetan apa yg berlaku ini akan diselitkan dalam lipatan sejarah Malaysia...
Tp masih tidak pasti corak peninggalan tulisan itu dalam buku2 sejarah nanti...
Sebagai rakyat yg berumur 21 tahun ke atas, aku sudah layak mengundi~~
Dan pastinya aku akan mengundi...
Undi itu adalah rahsia, tp x sehebat rahsia yg disimpan oleh kerajaan kita.....



Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Maher Zain (Freedom)

Thursday, July 7, 2011

"BOGEL Menuju Tuhan"


Second, hours, so many days
You know what you want, but how long could you wait
Kris Allen - No boundaries



Sebuah Karya seorang aktor JUVANA...
Bukanlah Cik.AreU kata aktor nie pernah bt kes juvana okay, tp dia nie pelakon Drama bersiri JUVANA kat tv3 tue...Zahiril adzim namanya..Ala, tunang si Shera Aiyob-pengacara kat tv3 tue...
Klu ada yg x kenal gak, dia nie famous citer Geng Surau-Daim
Ok, dh jelas kan sapa dia....


Actually, Cik.AreU nie silent reader blog dia....
Slalu jugak la baca post kat entry2 blog dia tue..Then tis morning ter"capture" bout novel terbaru dia nie..
Yang paling menariknyer pasal "Tajuk" Novel tue sendiri telah menarik2 minat Cik.AreU tuk find out this novels and buy for myself...
Sgt2 teruja untuk tahu pengisian jalan cerita dalam novel nie..
Apa yg penulis cuba sampaikan n apa kaitannya dgn tajuk yg cuba diterjemahkan..
New style of writing I guest...
Cik.AreU rasa penggunaan bahasa2 metafora, dan ayat berbunga2 sure byk nih!!!
Not just because I love reading....but I love how Zahiril capture my 1st attention towards his writing~~


Nanti Cik.AreU cuba dapatkan novel nie yer..
then of course I will share with u guys~~~

Just a bit of synopsis that i copy from his blog:-
Enjoy it, more details silalah beli yer =)



"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku adalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"

Tuesday, July 5, 2011

MATCH MAKING


Whatttttt???????
OMG....


Conversation :-
Aunty : M.lang nk kenalkan p.cik dengan anak kwn M.Lang nie, tp M.Lang nk minta k.anis tolong pujukkan p.cik..boleh x???K.anis kan rapat ngan P.cik.....Budak nie comel, cantek..blajar pon tinggi, dh abes blajar dr universiti bla..bla...bla..

Anis : Tekun mendengar....(How should I say no?) n jawapan yg diberikan x dapatlah nk seiring dengan hati....Baiklah M.Lang, nanti anis slow talk ngan P.cik. Dalam otak duk pikiaq, la buat apa la pi ckp lagu tue klu dh tau x boleh nk sampaikan...Tp kenapa aku???
          


Haaaa.....disebabkan phone conversation ptg tue aku mengelabah nk pikiaq ayat tuk start ckp ngan p.cik aku..Hambek kau, sapa suh berjanji buleh sgt kansss....


Klu korang nk tau.......
Sebelum balik dr opis aku duk karang ayat, sampai nk buat keje pon tunggang-langgang....
1st time kot nk menjodohkan org, tp x jodoh sgt la pon....Aku cuma perantara la diantara M.sedara n bapak sedara aku + nenek aku skali....Sume pandai suh aku yg ckp, klu pape aku gak yg kena dulu....mmmm Pandai semua yer :(


Dah sampai umh,
duk pikir lagi camner nk ckp nie...mujur p.cik x balik umh awal..
so sempat lg la nk karang ayat baek punya kansss...
X bape lama pastue p.cik balik keje....
Haaa.....menggigil aku nk start ckp..
Buat2 cipta situasi...last2 dia dpt capture maksud aku...
Senang sket..trus jer aku bg straight to the point...Siap jual trus nama M.lang aku, x der tapis2 der....Tue la sapa suh aku yg ckpkan, mmg x dpt la nk ayat bunga2...Jiwa x cukup bunga la, hati lak taman x ada baja..so bunga x bape nk kembang la kan...


Dh settle part bgtau...P.cik lak respon baik plak..
Maybe mood baik kot...hahahha..
Selesai 1 azab.....sok plak nk kena step bru lg...
Interview bakal m.cik through fon jer....mmg mantap ar..
Tp part x tgk muka nie aku buleh sgt...hahahha, bantai ja la bu...
P.Cik siap request suh bakal m.cik x tentu jadi aku nie add dia kat FB lg...pastue ada syarat2 lak tue kena kasi tau masa interview nanti, haish masak2x....
Pastue nk kena set lak temujanji...walawei, mmg ko match making toll la anis....great, at least p.cik ko kawen kan..apapun x per =)



Berkorban apa saja,
 harta atau pun nyawa, 
itulah kasih mesra, sejati dan mulia...
P.Ramlee (Berkorban apa saja)




KAKI dan TANGAN itu!!!!






See, nampak x kaki n tangan tue???
tue paper clip jer sebenarnya.....ahakssss
Abaikan apa yg tertera kat kalendar cik.Ayu tue yer (perlu ke mention??).....

Kau Yg Terasa Apasal




Cerita S yg tiba-tiba terasa panass disebabkan pandangan dan pendapat dia ditentang oleh seseorang bernama A.. Perbalahan bermula kerana seorang gadis yg dekat dgn A. Tidak perlu lah dinyatakan siapa gadis tersebut tp cukup erat dan dekat, seperti "air yg dicincang, tidak akan putus".


Disebabkan 1 statement dari S yg sgtlah "bodoh" ataupun mungkin itu "standard" dia telah mencetuskan ketidakpuasan di hati A. Memang pantang si A lah klu x betah ckp si S nie...
Perbalahan demi perbalahan berlanjutan sehinggalah S mengaku salah dan memohon maaf.
Actually, it's not a big issue to argue for... then A just make a full stop to the argument after S surrender n ask for apology...


One more thing, I keep it asking myself....Y guy's susah sgt nk admit kesalahan diaorg?? and aku pon x adalah kata yg girl's senang lak memaafkan. As long as u admit then problem tue more easily  nk settle kan.
"EGO", yes...that the best word to describe.


Apalah yg susah sgt kan...
dah A tegur X, yg ko nk betah A apasal...tue x der kaitan pon dgn hidup ko..
Ko pon x kenal si A nie...ko yg nk terasa lebih2 apasal kansss...
Dah tue pulak tangkap emo, then ckp "malang sapa yg ada kaitan dgn si A"...
so ko mmg dapat lah kan...So lain kali x perlu terasa x bertempat yer si S....




Monday, July 4, 2011

There's No PERFECTION



I know I can't take one more stepped towards you ............cause all waiting is regret 
Christina Perri (Jar of Hearts)



  
Everything seem not right at this moment, not at the right time,
not even a perfect emotion...
But I realize there's no perfection..



Sabar vs Marah
Berapa ramai yg mempunyai tahap kesabaran yang tinggi??
Berapa ramai pulak yg  mengikut kata amarah hati??
Cukup bersabarkah saya, anda mahupun mereka??
Berapa ramai pula yg mengucapkan kata syukur??
Bilangannya tidak ramai...itu pastinya..
Aku pernah mendengar ceramah dan membaca buku ilmiah/motivasi dan sebangainya...semunya hampir sama..Pengisian yg menekankan bahawa sabar itu adalah jalan kesyukuran..
Bila aku fikirkan balik, aku akui dugaan dan musibah yg diberikan Allah kepada hambanya yg terpilih adalah bertujuan menguji kesabaran dan syukurnya hambanya..


Syukur itu lebih tinggi daripada sabar...
manakala Redha pula lebih tinggi tingkatnya daripada syukur dan sabar...
Apabila kita bersabar, berlajar bersyukur dan kemudian Redha...maka ujian dan musibah dr Allah itu dianggap satu petunjuk dan peringatan Allah pd hambanya yg terpilih~~~



Sempurna vs Terbaik
Semua manusia inginkan kesempurnaan, tp sempurnakah kita??
Yang sempurna itu milik Nya yg satu..
Sempurna boleh aku definisikan cukup dari aspek keperluan asas kehidupan manusiawi yg membawa kepada kemudahan kepada ibadah...tidak lah pula sempurna itu dikira ataupun dihitung daripada kayanya Insan, tingginya darjat kedudukan mahupun apa yg diminta itu diperolehi.


Terbaek itu adalah dari Allah..
Bukankah Allah itu sebaik2 perancang??...setiap apa yg direncanakan kepada Hambanya adalah yg terbaek buat hambanya....setiap kita telah ada yg ditentukan, menunggu masa untuk kita menerima..
Ianya lantas memberi corak dalam kehidupan kita..
dan
Siapa pula kita untuk menidakkannya...??


Begitu jua kita hidup dalam berpasangan..
Setiap dari kita telah ditetapkan pasangan masing2...mungkin kita yg kurang usaha mencari...
Mungkin kita yg tersalah dalam memilih..
Bukan salah takdir Allah, kerna janji Allah itu pasti...
Berapa ramai yg terlalu mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan??
Mungkin aku salah seorang daripadanya..
tp aku kini faham bahawa pasangan itu adalah insan yg saling melengkapi kekurangan pasangannya...
Maka terisilah kekurangan itu menjadi kesempurnaan........


-Janganlah terlalu mencari kesempurnaan-