Tuesday, July 30, 2013

Hujung Minggu


Assalammualikum..

Setiap hujung minggu jer mesti penuh dengan aktiviti. Tapi hujung minggu lepas ada sikit kelapangan.
Memandangkan pagi sabtu perlu ke PMC bt regular checkup macam biasa, then balik tue terus ajak en.suami buat cookies.

Almaklumlah mak buyong ni manalah larat nk bt kuih raya sorang2 klu tak ada yg sudi hulurkan bantuan.
Paksa rela jer en.suami tuk tolong bakarkan cornflakes madu tue.
Anyway terima kasih yer en.suami. Nak bt mcm mana kan, adik ipar awak dekat kampung tue punya favourite. Kakak dia kena bt jugaklah, nk beli mcm tak berbaloi. Klu buat sendiri memang berbaloi-baloi.
Leh dapat 2 balang besar.

Ini lah hasilnya :-





senang sgt nak buat cornflakes madu nie..
Setiap tahun mesti ayu buat tuk family.

Resipi ringkas ayu nie seperti kat bawah.

 Bahan2 :-
1 Kotak Cornflakes (Nestle - 500g)
Buttercup (500g)
1 cawan gula perang
5 sudu madu
5 sudu golden syrup (x letak pon x apa, tp klu letak lg senang melekat time bakar)
Papercup

Kaedah :-
Cairkan butter dan gula perang, bila dah cair masukkan madu. Gaul sebati sehingga cair.
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk sekejap. Masukkan cornflakes yg telah diramas kasar (ramas sikit2 jer). Gaul sebati dan curahkan golden syrup tue, gaul lagi.

Dah siap leh la masukkan dalam papercup. Pastu bakar dlm oven 160 degree selama 5-8minit.
Agak2 dh perang tue leh angkat dah.


Saturday, July 20, 2013

Pregnant : 36weeks

Assalammualikum....

Hye there..
Harinie ayu ke PMC pg td berjumpa Dr.Ratna, checkup yg kesekian kalinya... Dua tiga hari nie badan tak berapa sihat. Ditambah lagi dengan cuaca dan berpuasa nie kan.

Bila masuk weeks ke 36 nie mmg ayu dh nervous sikit,almaklumlah makin dekat due date kan. Start hari rabu (18/7) ayu ada tanda2 bleeding dah. Tp just a spot la kan, ptg balik kerja tue gatal sangat nk beli barang kat giant,pastue bleh plak bli air kotak yeos soya besar tue smp 6 kotak then cornflakes n brg2 lain bagai.. Nak g cashier bayor dh kena tegur ngan sorang p.cik nie,dia tanya "Boleh ker angkat brg tue?kamu tue dh berat,brg tue pon berat". Ayu pon senyum jer bt2 larat la angkat kan. Then p.cik tue baik hati angkatkan smp ke cashier. Terima kasihnyer p.cik. Disebabkan kerajinan itulah balik umah then pas mandi perasan ada spot2 darah kat pantyliner tue.. huhuhuhu.. Nervous giler, terus kol en.suami bgtau..

Memandangkan that time tak rasa pon ada contraction, ayu rileks jelah. En.suami lak yg risau lebih. So, td g checkup inform la pd gynea ayu tue, dia ckp "false alarmn" jer. Biasa bg org ngandung yg dh 7bln ke atas klu angkat berat2 ni.

Ayu pon ada tanya gak, Dr predict bila ayu bersalin kan. So, Dr ckp maybe lepas raya sbb baby pon baru turun sikit jer kat pelviks. Maksudnya ayu ada chance la beraya tahun nie...hehehe..
En.suami sila sediakan budget baju raya pn.isteri yer...

Satu lagi ayu nak kongsikan, 2,3 hari nie ayu ada kena sembelit. Then bila membuang air besar tue ada darah keluar. Memang dah ingat kena buasir nie sbb baca dekat blog mother to be yg ada experience sama. Bila jumpa gynea dia kata normal sbb penghadaman tak berapa lawas. Tambah lagi baby dah besar then tekan saluran usus kita. So sbb tue lah jd buasir. Tp alhamdullilah ayu buasir tahap 1, yg biasa jer, tak der sampai kluar2 buasirnya.

Dr.Ratna dh kasi ubat tadi, so kena start mkn lepas berbuka karang. Ayu pon dh siap2 beli buah bebyk, bg senang lawas sket. Tak nak sakit2 bln2 puasa ni.

Oklah, all mother to be kat luar tue sila makan buah2an byk yer. Minum air masak secukupnya. Skang bulan puasa sgt penting untuk kita jaga pemakanan. Berpuasalah bg yang mampu berpuasa.

Selamat berbuka ptg karang.

Regards,
Idayu Ibrahim

Friday, July 19, 2013

Pilihanku : PMC (Putra Medical Centre)


Assalammualaikum,

Hari ini sudah menginjak kita ke ramadhan yg ke-10, alhamdullilah masih diizinkan oleh Allah
untuk aku berjumpa dgn ramadhan kali ini.
Tapi kali ini berbeza sedikit, almaklumlah berpuasa sebagai ibu mengandung.
Jujur cakap sangat menguji dikala aku tgh sarat 8bln lebih menanti hari jer orang kata untuk
bersalin ni.

Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya aku nk story pasal hospital yg aku pilih untuk bersalinkan anak pertama aku nie.
Setelah pertimbangan dibuat aku dan suami akhirnya memilih PMC (Putra Medical Centre) di Sg.Buloh.
Lokasi dia belakang The Store sg.buloh, bkn belakang betol2 lah sgt tp lot kedai corner lot dekat Bukit Rahman Putra tue, senang citer "landmark" mudah The Store lah.


Beberapa peristiwa aku dan suami lalui sebelum memilih PMC nie.
Dimana pd asalnya aku nak bersalin di Pusrawi Kota Damansara, setelah 2 kali checkup kat sini Dr gynea yg handle accident terpaksa bercuti selama sebulan lebih. Disebabkan tue, aku lost tuk checkup, Pusrawi transfer aku ke Dr lelaki tp suami tak izinkan. Kami cari hospital lain, melalui kwn2 dan juga search blog2 akhirnya jumpa PMC.


Pada mulanya untuk ushar2 jer PMC nie, tp kerana layanan 1st time kami pergi untuk tgk tempat nie nurse dan sume staff kat PMC nie sgt friendly, trus decide tuk bersalin kat sini jer.
Lagipon tengok pada kos bersalin pun tidaklah melampau, standard hospital swasta la kan.
Keadaan wad yg bersih serta persekitaran yg ok, aku pon tak ada bantahan bila en.suami putuskan pilihan nie.

Cuma time checkup tue lama sikit la sbb aku pilih untuk checkup weekend dgn Dr.Ratna.
Kena dtg awal ambik no sbb kat sini ikut giliran, x der jenis booking appointment kul bape.
Senang citer 1st come 1st serve.
Kos tuk checkup pon mmg below rm100, sgt2 murah lah. Bg ibu preggy yg tak ada masalah kos checkup sgt berbaloi. Melainkan kalau korang ada masalah then perlukan ubat or special treatment maybe mahal la kot kos checkup. So far ayu kena paling mahal pon baru RM57 jer.

Ayu skang dh masuk weeks 36++ nie, dah dekat sgt tuk deliver.
Korang doakan ayu dipermudahkan bersalin yer.
Dapat anak yang soleh & solehah, cukup sempurna sifat serta sihat hendakNya.


xoxo..

Regards,
Idayu Ibrahim