Friday, January 25, 2013

Photo a day


As salam,

Hye there readers....
Selamat menyambut maulidur rasul yang jatuh pada hari semalam... Tak salah kan untuk wish pada hari ini.
Ayu ada jumpa something yang interesting untuk share dengan semua.

It's about a photo a day.
Seperti cabaran yang perlu kita buat setiap hari sepanjang bulan.
Contohnya bulan Januari ada 31 hari, so korang kena ada 31 leping gambar untuk di tampal pada penhujung bulan nanti.

Memandangkan ayu jumpa blog nie pada hari ini 25 Januari...
So ayu akan start kumpul photo's from tomorrow...hehehe.
Nie list for January 2013....

Do visit this blog kalau nak list bulan2 seterusnya yer..

Credit to :- FATMUMSLIM


Wednesday, January 23, 2013

Apa Pon Tak Boleh Lah


Hye there,

Ish tak paham betullah ayu. Nape lak time-time preggy nie tak boleh tengok citer hantu??
Kenan?? Apakah??
Takkan la takat tengok citer antu kang anak kuar jadi hantu lak...
Uish seriau aku kalau begitu. Lepas jer kena tegur tadi terus aku tutup website tu. Harapan nak tengok citer "Minyak Dagu" tue terpaksa lah aku batalkan.


Tapi betul ke ek??
Sume kena kawal time mengandung ni... Berat nanar la gini. Movie pon dah tak dapat tengok.
Ari tue ada la supplier aku anta sample kat office, akak office nie panggil aku kan sebab orang nak jumpa. Boleh pulak akak nie suh aku tengok muka supplier tue jangan kedip. Katanya biar kenan.
Owh dah jumpa supplier tue barulah aku paham. Handsome mamat tue, orang Sigh, memang hidung terletak la tue.. Aku tengok lah jugak kan muka dia, tapi berkedip la mata aku. Mahunyer tak kedip, bos aku meeting ngan dia pon almost sejam. Tak kedip mahu buto mato aku....hikhik


Ok lah nak sambung buat BQ yang tak kuar2 lagik ni......

Chapter 1 in 2013


Assalammualaikum,

Agak lama menyepikan diri. Lama menghilang sehingga bersawang.
Semenjak menjadi isteri kepada Mr.H nie dah sangat-sangat jarang untuk buka blog. Apatah lagi meng"update". Sungguh banyak perkara/pengalaman/acara dilalui sepanjang bergelar isteri ini.

Alhamdullilah, diam tak diam usia kandungan aku dah mencecah 11 minggu. Cepat sungguh masa berginjak.
Un"expected" pregnancy actually, tapi aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah berikan buat aku dan keluarga. Insan yang akan menjadi ikatan cinta kami.
Ramai yang bertanya aku tinggal dekat mana selepas berkahwin nie. Ini jawapnya, aku masih menumpang berteduh di rumah mertua aku di rawang.
Memang sangatlah jauh berulang alik ke tempat kerja tue, tak aku nafikan.
Rasa memula dulu nak give up jer tapi mujurlah aku nie ada laki yang berhemah sangat. Pandai giler dia pujuk aku kan... OMG, lama lagi la aku baru leh pindah umah sendiri nampaknya ini.

Sabtu lepas family belah laki aku buat "family gathering", owh sangat banyak makanan.
Bertempat dirumah uncle zin kat melawati. Being the first family ysang sampai or klu tidak always being the last one.. But it's so k. Aku rasa sangat selesa berada dalam family ni yang menerima aku seadanya.
I just love all of them. Sume cousin-cousin, aunties, uncles, nieces, sume ada.. Dah macam hari raya rasanya.
Tapi inilah keistimewaan Family sebelah laki aku ni. Slalu berkumpul reramai ceggini.
Insyaallah next event dekat Country Homes lak.. Masak la aku kan!!!!

Next story, pasal pregnancy aku nie la kan....  LOL

Seriously sangat rasa disayangi oleh semua bila tengah berbadan dua nie. Yang aku tak tahan sebab awal2 trimaster nie "dugaan" banyak sikit. But not really "worst" la kan.
Kalau hari dia nak pening dan muntah-muntah tue, satu harilah aku merempan dengan tak dapat buat apa-apa. Sangatlah tidak suka. Tapi kalu mood "baby" baik jer, satu hari okay.
Paling aku tak suka adalah bau "menumis" di dapur. Sejak aku masuk 2 bulan pregnant nie memang aku tak memasak pon, mak mertua aku pon larang aku masuk dapur. Tapi ada la jugak memasak sekali dua, itupon klu keadaan ok.
Karang kalau malas sangat kang apa lak kan mak mertua aku cakap...hahahha...even mak mertua aku ok jer. Kena lah behave duk umah orang kan..


Skang nie aku tengah rajin study "term2" dalam pregnancy nie, apa boleh buat, apa yang tidak, apa boleh makan, apa yang tidak...dan macam2 lagi lah.
Untunglah aku ada mak mertua ex- nurse ngan kawan2 ramai yang educated pasal pregnant nie.


Owh, one more thing..
Next week "berbulan madu"..........................even dan "berbadan dua"
Hahhahahaha................


Krabi...Krabi !!!!!!!!