Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu - Cinta Sempurna by Yuna
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him..
Merasai nikmat menyediakan segala persiapan untuk hari bahagia itu sangatlah mengujakan..
Hari yang menyatukan hati dua insan menjadi satu,
Menghalalkan ikatan,
Mementerai janji untuk memikul tanggungjawab...
Sungguh mendebarkan..
1st part
Menyediakan checklist..
Baru tahu rupa-rupanya banyak item perlu diambilkira, tak tercapai pon diakal sebelum ini kos untuk perkahwinan semahal itu, tp itulah realiti..
Tanya mak n abah, dulu diaorg kawen murah jer.. Tak adalah sampai berpuloh2 ribu habes, tapi itu dulu kan. Mana lah boleh disamakan dengan keadaan semasa.
Owh!!! mahal sungguh harga perkahwinan..Opps, tp bukan nilainya yg mahal tp kos meraikan yg tinggi.
1 item dalam checklist boleh ditolak sekarang,
sebab kain baju tuk nikah telah selamat aku beli pd Sabtu haritue di Jakel, Jln Tar..
1st time la dpt pakai kain mahal2, tp puas hati. Sekali dalam seumur hidup kot nak kawen,insyaallah.
tak sabar nak hantar tailor tuk bt pattern yg aku berkenan tue, serius teruja..
Betullah kata akak2 opis aku, buat preparation kawen tue menyeronokkan even memenatkan dan menghabeskan duit. Satisfaction tue x dapat nk dinilai dgn wang ringgit. Tapi perlulah diingatkan bahawa biarlah apa yang dibuat itu masih didalam kemampuan kita dan bakal suami.
Bunga-bunga syurga...
Antara maksud asas perkahwinan menjurus kepada anak dan zuriat,
Ya ianya tidak dapat dinafikan. Kisah berumahtangga rakan-rakan disekeliling banyak mengajar aku tentang persediaan ke arah itu.
Jujur cakap, mana ada pasangan yang berkahwin tidak mahukan cahaya mata, cuma membezakan adakah bersedia ataupun tidak.
Ramai yang ingin merancang tp ramai juga berserah pd rezeki...Untuk aku, menerima seadanya..
Tidak pernah menolak dan tidak juga merancang untuk anak pertama. Sbb ada kwn aku ckp "anak pertama nie nk tgk tahap kesuburan ko camner"....
Banyak item untuk perkahwinan aku D.I.Y, so dapatlah berjimat sedikit..
Nanti aku tunjuk yer apa aku buat sendiri tue...
Sharing is caring..
So until next entry :)
p/s : doakan tuk laluan kitaorg bina Masjid dipermudahkan Allah yer....