Thursday, August 18, 2011

"MANA MAK"

Cek inbox mail tis morning:
Received 1 email from my friends title " MANA MAK"
I just ignored the mail...(how could you ayu)
Until I saw the same title, notes post at my home page "facebook" while searching....
Then I read it....yess it's totally awesome...can make me cry..

Thanks to Nana, for sending me the email (even I am not read it at the beginning)
Thanks also to Milo Ais coz she wrote the notes so I realize to read it~~~

Here I paste the story/articles tuk renungan bersama................

I DO LOVE MY MOM...



Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya……….. 
  
"Mana Mak?' 


Jam 6.30 petang. 
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” 
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Author : Anonymous 

Saturday, August 13, 2011

PERUT SEMUT BERWARNA-WARNI


Eh!! korang x percaya ke klu ayu cakap yg perut semut nie boleh nampak apa yg dia makan??
Serius x tipu nih...
Tgk pict kat bwh2 nie ek..
I do love the colours~~~

Credit to mr.Google sbb pict nie..
Just wanna share with u guys..
Enjoy...


SubahanAllah......
Hebat kan ciptaan Allah yg satu nie...
Andai lah perut manusia pon mcm nie, mmg dpt kenalpasti umat islam yg x berpuasa tue kan...


Dan lagi....Semut2 ini tidak kisah berkongsi


Sangat suke tgk warna2..
Ceria jer rasa hidup nie :)


p/s : do visit Media Malaya byk story2 best~~~~hehehe
sharing is caring..xoxo

Wah!!Statement


"Akak tengok awak dh gemuk la ayu"
Orang klu bulan puasa makin susut, ko akak tgk makin tembam...


Wah statement kansss...
Very the straight to the point..
Tersentuh hati doh....
Aku pon x tau nk jawab apa diatas statement tersebut..Senang ckp "mana ada akak, dr dulu memang mcm nie apa, akak kot jarang jumpa ayu sbb tue nampak ayu makin gemukss"

Padahal memang berat badan dh naik tp diri sendiri x boleh nk admit..
Seriously, mana ada org yg suka bila dikata diri dia gemuk kan
Apatah lg nk admit..
Tp disebabkan aku nie sedar diri so aku rasa mmg aku patut ckp aku gemuk, x lawa, pendek...Tapi aku bersyukur sbb aku dilahirkan cukup sifat apa..
Gemuk boleh kurus
x cantek kat mata manusia aku x kesah, tp biar cantek dimata Allah...
Dan cantek dimata org yg sayangkan kita..
"Perlu think positif" yer kengkawan...

Eventhough,
Ko rasa ko kurang sesuatu tp ko mesti yakin yg korang lebih sesuatu dr org lain...

Thank to my dear En.H sbb sy bahagia "couple" ngan awk...
Dulu saya kurus kan...tp pas kwn ngan awak sy jd gemuk...
Tp awak lebih suka sy sekarang kan.....??Berisi dan comel (wekkk nk muntah sbb perasan)
"Baik awk ckp suka"...
Sbb awk yg suka ajak saya makan byk2!!!!!


Saya x kesah, so perlu ke awak kesah tentang berat badan saya??
Tidak kan.....so jgn byk bunyi yer~~~~maseh


so,Chill >_<
  

Friday, August 12, 2011

IFTAR (DDQ/SBQ) 2011


Assalammualaikum...

Majlis berbuka puasa/iftar ex-DDQ utmkl berlangsung semalam....
Pada tanggal 11 Ogos bersamaan 11 ramadhan 1432H
Alhamdullilah, seramai 21org telah menghadirkan diri pd majlis yg diarrange oleh en.Haffizan n misz.Alvina..
Bukan sume ex-DDQ Utmkl yer...SBQ Skudai pon ada join, antaranya Sisip,Nik n Dj, Fendi...
Syg sekali Atiqah x dpt bersama2....
Anyway majlis tetap diteruskan...


Meskipun ramai yg tidak dapat menghadirkan diri disebabkan ketidakizinan keadaan....Korang masih diingatan kitaorg...
Hopefully 1 fine ramadhan day kita semua boleh berkumpul semula..Insyaallah


Here I paste a few of picture that I'm taken yesterday...
Mujur ada kamera opis, sbb x expect pon arinie ada berbuka puasa...
Thanks to mr.boss sbb provide camera tuk office..hehehe


HR STEAK HOUSE....
Seriously, ramai giler manusia berbuka kat sini..full house trus :)


Mestilah kena tampal pict tuan punya blog kan..
Klu x, tidak sah majlis.....


Tgh duk bincang pasal makan, bakal puan Ida hulurkan kad undangan majlis perkahwinan beliau...
Purple pink tue....I suke giler...


Cik.Ayuni vs Cik.Ayu
Antara org yg awal hadirkan diri...as usual :)


Cik.Ida n Cik.Sarah


-Us again-


Ayuni nie nak gak pict dia sorang......
ha hambek aku letak sini...hikhik


Sume kusyuk berbuka.....
Sowie guys, cahaya "flash" nie x mampu cover smp hujung table...


Sebelum bersurai...
Muke sume kekenyangan..
Yg penting dpt berjumpa kan korang~~

Klu perasan, balang cookies yg sarah pegang tue hasil air tangan ina..
Klu korang nk beli cookies yg sedap tue, sila call ina utk tempahan k...



Dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..................



Yang Hadir :
1- Ayu
2- Alvina
3- Ayuni
4- Hafizzan
5- SyahIda
6- Sarah
7- Jak
8- Sisip
9- Nik
10- Lan
11- Dj
12- Zarina
13- Zul
14- Amir
15- Fendi
16- Om
17- Akmal
18- Haffizan
19- Fauwaz

Credit thanks : Pn.Zubaidah n En.Salleh :)



Thursday, August 11, 2011

PHOTO SHOOT RAYA :)


Skali picture set aku taruk dulu...
kasi korang view citer aku pas nie..boleh???

Assalammualaikum...
Hye there,
Nie supposed to be last week punya cerita, tp terpaksa ditunda-tunda sehingga hari nie bru berkesempatan nk story pasal "photoshoot" raya my office bt tuk "kad raya" 2011....
Wah!!! giler meriah kan...
Padahal nk bt kad raya jer pon....ahaksss
Tp aku x kesah, as long as aku terlibat dlm posing memosing nie....I likesss

For you guys information, office aku sebelum nie x der bt gini,
so a bit teruja la aku...bt apa nk sorok2 klu suka tangkap gambo n suke orang tangkap gambo kita kan...
Layan jer...

It's happened last week.....

Early in the morning last Thursday, setibanya aku kat opis aku tgk benda kat atas tue siap terpasang tgh2 alam....Aku punya la dok pikiaq sebelum nie photoshoot biasa2, skali kau....
Dgn gebar layar tue dia pasang...
Muke teruja+excited x sabar nk capture pict..
Alkisah, ada sorang brother kat opis aku nie mmg bt freelance photographer nie..so sume nih harta benda dia n the geng la....Walawei mantap kan  >_<
Mana taknyer, nak harap aku g studio bayar tuk capture2 picture nie x dapek la gamaknyer.
So tumpang sini jer, jimat budget x keluaq sekupang pon...


So, memandangkan aku nie suko menyibuk sikit, bro nie suh aku jd assistance dia...tuk hari nie jelah okay..
Ini pon terpaksa sbb x der candidates yg lebih layak dr aku...."konon perasan baguih"-blah la kan 
Bermula dgn set up lighting then adjust position, cari backdrop + elemen2 raya...ok done!!
Mari memulakan shooting.....


Even though aku jd penolong dia aku still jd org yg nk posing dpn kamera byk2...boleh~~~
Main purposed : supaya pict aku byk la kans...
Nanti aku tampalkan sket yer pose2 aku yg before editing pd blog neh yer~~~



Hazira with Me...
I wearing glasses....Look different x?Makin comeiiiii kansss.....
(wekk masuk bakul angkat sendiri)


Jazlan,Ziera n Me....
-Pose manje-

K.liza, Jazz n Me..again n again ada muke aku...
Peace yob...


Nie pose gediks nama dia....koya nk main fuhhhhh!!!
Ala, mcm citer Awal Ashari tuh.....FUHHH!!!!!
ambek kau bersembur angin ramadhan...


Last but not least, pict nie sempena bulan kemerdekaan pd bulan nie...
Merdeka... salute 1 kali~~





SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KORANG!!!


p/s : nie utk tontonan umum sahaja
copyright protected :)

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN...

Alhamdullilah,
Aku sgt2 b'syukur ke hadrat Allah kerana dgn izinNya dapat aku bersua kembali dengan bulan yang 1 ini...
Bulan penuh Barakah, penuh kesabaran, penuh ganjaran dan keberkatan bg mereka yg menyedarinya...
Sinonim dgn ramadhan adanya waktu disunatkan untuk bersahur...
hehehe...aku klu citer bab sahur kadang2 lebih prefer tido dr bagun sahur...
Sedangkan tau kebaikan bangun sahur nie bukan setakat pahala jer....
Especially time2 study dulu...mmg liat nk bangun sahur, tp klu dh rajin siap bantu mak kat dapur lg...
Tp skang sejak bekerja nie, bru 2 kali ramadhan bekerjaya okay...so rajin sgt la bangun sahur...
Berubah sket, sbb klu x sahur mau aku lembik satu hari kansss.....
Paling x bleh blah ngantuk nyer bila tghari....Ya rabbi, toksah citer la mmg muka org puasa abes la....hahaha


Bersyukur jugak sbb aku x perlu m'gunakan kenderaan awam ke tempat kerja....
I do remembered last 3 years, masa tue bukan bulan puasa pon...aku naik komuter g praktikal kat office near MidValley...time tue pon manusia giler ramai...sesak+padat+sempit+x bernafas pon ada dlm train tue..
Inikan pula bulan puasa, aku dpt bayangkan dugaan nyer maha hebat lg...2kali ganda dr biasa...
Mana taknyer aku dgr story dr officemate aku yg naik komuter hari2 nie pon dh rasa lemau....
Itu x tambah lg citer naik bas....uish...seram aku...


Tp mmg x dapat aku nk nafikan..tahap kesabaran pd bulan puasa nie cepat sgt menurunnyer...
Contohnyer la kan....
Pagi start keta then tgk ada org parking double depan ko punya keta pon ko dh melenting,menyumpah seranah sebelum org tue turun alihkan keta dia...Dh dia alihkan n ko leh kuar pon ko dok mengomel sengsorang dlm keta.....Manusia2x
Itu bru permulaan awal2 pg pahala puasa dh kurang....
Tue x termasuk ko sampai tol then keta depan ko terpaksa bukak pintu tuk touch kan kad "touch n go" dia sbb cermin keta dia rosak maybe....tue pon ko nk m'bebel kansss....
Kurang lg pahala puasa ko kat situ....
Dh ko on the way kat jalan nk sampai office, ada keta sebelah dtg laju then potong Q ko pon ko panas hati kan....Ko menyumpah2 driver keta tue......Ko sangkut dlm jammed x smp setengah jam pon ko hingaq post kat fb bagai.....Nyumpah2 dlm hati....
Ha...Kurang lg pahala puasa...
Cuba kita kira balik (tambah,tolak,darab,bahagi) apa jer yg kita dpt kan...


Kalaulah hari2 sepanjang bulan puasa korang ataupon aku bt benda2 mcm nie korang rasa apa jer yg tinggal tuk pahala puasa kita????
Ada lg ke ganjaran pahala dia??
Tue yg aku citer kat atas contoh korang tuk pg hari gerak g opis jer, x sampai opis lg tue....
X kira lg klu korang mengumpat, mengata org masa nyembang kat opis...
X termasuk time jammed masa balik keje lg...
X masuk g bazar ramadhan..
X campur ngan lewatkan waktu solat..
X darab dengan kot ada yg puasa tp x solat tue...


Kerdil sungguh diri nie terasa...
Aku pon bukanlah manusia yg sempurna...masih ada cacat celanya..
Aku pon masih mengingatkan diri sendiri...dan aku pon nk ingatkan korang jugak..
Agar puasa kita pada tahun ini mendapat keredhaan Allah s.w.t


Aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu :
Mak aku slalu ckp kat aku

Mak : klu puasa terlentok, longlai, tidoq jer tp x sembahyang x guna...Sama jer mcm x puasa, x dpt apa2.
Aku : Akak sembahyang la mak...(Then kalut jer pi sembahyang)


Terima kasih mak sbb ajaq anis camner nk puasa dulu, ingatkan suh sembahyang slalu...


Bazar Ramadhan
Perkara nie ada time bulan istimewa nie jer...
Bulan lain mmg x dapat la citer dia...
So far dh hari ke-3 puasa nie aku x berkesempatan lg nk pergi mana2 bazar ramadhan..
Syukur jugak lah sbb klu x mesti nafsu nk bli mcm2 makanan tue melonjak2 then pengakhirannya akan membazir...
Thanks to my uncle yg rajin pi bazar ramadhan n just call anak buah dia nie tanya nk mkn apa....so 1 jer lah akan dipinta....My favorite kuih berbuka ever....POPIA GORENG SAMBAL...
Wah sedapppp....nyummmuy


Bazar ramadhan nie sebenarnya membuka peluang perniagaan n penambahan pendapatan pd golongan peniaga nie..
So sangatlah digalakkan....
Tp kadang2 kurangnya keikhlasan dalam membuat kuih or makanan2 untuk dijual tue yg amat dikesali..
Sometimes, nice to see, love to buy..but when u it.....miserable a.k.a x ada rasa langsung....
Maka, kesimpulannya, no more buying that food for the next n next day at that stall~~~


Cabaran sebenarnya bazar ramadhan nie adalah NAFSU...
Mana taknya kan, sepanjang bazar tue ada almost hundred lauk2, belom kira jenis2 nasi, belom campur jenis2 kuih, belum termasuk pelbagai air.....
The best part is makanan2 yg jarang jumpe bulan2 lain mcm kambing panggang, bubur lambuk n etc...
N aku mmg x mkn kambing, so no biggy...
Nafsu nie dtg bila kita rasa yg kita beli 1 x cukup, nk 2, dh bli 2 nk 3 dan seterusnya...
Sampaikan difikiran boleh aim letak dlm peti ais klu x abes makan, leh tapau tuk sahur...
sedangkan keesokannya ko x bangun sahur pon n ptgnyer ko g lg bazar ramadhan n repeat the same habit again n again...
Kesimpulannya : berlaku pembaziran...


Ramadhan nie sebenarnya pintu untuk kita melakukan lebih banyak amal ibadah, 
kurangkan pembaziran, kawal nafsu, dan tingkatkan kesabaran.....
Mcm ada seorg kwn aku yg bg "sms" mcm nie...
Delete Kemungkaran,
upload PAHALA,download Kesabaran,Upgrade Keimanan,Browsing Kebaikan,Update AMAL IBADAH,Shutdown Permusuhan n Restart Persaudaraan,Waspada Nafsu..............Agar Mother board "HATI" terpelihara


Pada semua, andai ada salah dalam tutur kata sy selama ini harap dimaafkan..
Andai ada salah tindakan harap jgn disimpan didalam hati...0-0 ek..


Selamat Berpuasa korang (lom lewat lg nk wish kan..kan)



p/s : Jgn lupa g terawikh >_<
x dpt setiap malam g masjid pon x apa..bt sendiri kat umah deh~~~